Saturday, December 4, 2010

CUTI SEKOLAH – MUSIM BERKHATAN

DIMANDIKAN...Seramai 30 orang anak-anak penduduk Taman Perumahan Gong Pauh yang terlibat dengan Program Berkhatan dimandikan beramai-ramai dengan pancutan air bomba di balairaya JKKK Tmn Perumahan Gong Pauh pada 27 November 2010.

MEMBANTU... Para ibu membantu anaknya memakai kain pelekat selepas dimandikan beramai-ramai.

CHUKAI - Sudah menjadi kebiasaan, apabila tiba musim cuti sekolah yang panjang. Maka ibu bapa tidak melepaskan ruang yang ada ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat islam bagi mengkhatankan anak-anak lelaki mereka.

Lebih menarik, apabila berkhatan ini diadakan secara beramai-ramai yang pastinya memeriahkan suasana.

Hal ini dibuktikan apabila JKKK Taman Perumahan Gong Pauh dan JKKK Lot 144 (7 Dis 2010) telah menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai yang masing-masing mengumpul seramai 30 orang peserta berkhatan.

En Yusuf Hussin, Pengerusi JKKK Taman Perumahan Gong Pauh berkata, “Alhamdulillah, sambutan adalah diluar jangkaan apabila jumlah yang ingin mendaftar melebihi dari yang disasar”.

Katanya lagi, “InsyaAllah, kita telah berbincang dengan Pejabat DUN Chukai dan Pejabat Kesihatan bahawa kita akan cuba jadikan program ini sebagai acara tahunan”.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah To’ Puan Hjh Wan Zaharah Bt Wan Yahya, Isteri kepada ADUN Chukai.





KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment