Monday, March 29, 2010

Harimau Tarikan Baru Zoo Bukit Takal


RAMAI PENGUNJUNG...Zoo Bukit Takal destinasi pelancongan berinformasi.


KIJAL, 30 Mac – Harimau akan menjadi satu tarikan baru bagi pengunjung-pengunjung Taman Rekreasi dan Mini Zoo kemaman.

Harimau ini yang ditangkap di Paka, Dungun suatu masa dulu kini akan dikembalikan ke negeri ini setelah ditempatkan di Zoo Melaka.

Satu majlis penyerahan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu pada 02 April 2010.


Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman dan orang ramai yang ingin melihat harimau dengan lebih dekat lagi bolehlah berkunjung ke sini.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Saturday, March 27, 2010

Tingkatkan Kualiti Kereta Sewa

INPUT...Mohamed memberi ucapan perasmian

CHUKAI 25 Mac – Kereta Sewa merupakan salah satu agen penting dalam membantu kemajuan sesebuah Negara untuk mencapai status Negara maju.

Rentetan itulah maka pengusaha kereta sewa disaran agar dapat menjaga penampilan tidak kira samaada ketika mencari penumpang dan juga membawa penumpang.

Saranan ini telah diperkatakan oleh YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-2 Persatuan Kebajikan Pengusaha Teksi / Kereta sewa Center Point, Chukai, Kemaman.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri berkata, Pemandu teksi mesti bijak berkomunikasi dan sedikit sebanyak boleh berbahasa inggeris.

Tambahnya lagi, soal penampilan diri atau kebersihan di dalam kereta amat penting kerana perkhidmatan ini merupakan alat yang penting digunakan oleh pelabur dan pelancong asing.





KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Thursday, March 25, 2010

Lawatan Imam Bilal Ke Kuala Lumpur

DIALOG...antara peserta dengan Tuan Pengarah APMT

KUALA LUMPUR 24 Mac – Lawatan Muhibah Imam-Bilal dan Whistle Blower telah dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) ke Kuala Lumpur dan Putrajaya tahun 2010 bagi siri-1.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpul peserta daripada 4 Dun iaitu Dun Chukai, Kijal , Paka dan Ladang seramai 114 orang yang menginap di Hotel Citrus.

Program ini bertujuan membuka minda dan kecintaan kepada Negara melalui sesi ceramah dan lawatan bermaklumat di beberapa projek mega yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Menjadi kenangan manis buat peserta apabila mereka dibawa menaiki Monorail Kuala Lumpur ,lawatan ke Muzium Kesenian Islam,Putrajaya dan juga ke Kampung Melayu FRIM, Kepong.

Rata-rata berpuas hati dengan rangka program yang dianjurkan oleh pihak APMT kerana pengisian yang diberikan amat berguna dan berfaedah kepada mereka.

Turut hadir merasmikan program ini ialah Tuan Haji Roshali Bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, March 22, 2010

Imam dan Bilal – “Laksanakan Amanah Dengan Baik”

KUSYUK...para imam dan bilal mendengar ucapan ADUN Chukai

BERSEMANGAT...Mohamed berkongsi ilmu dan pengalaman.

CHUKAI 22 Mac – Imam dan Bilal Masjid disaran melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin mengikut aturan yang ditetapkan agar ahli jemaah boleh menunaikan amal ibadah tanpa sebarang permasalahan.

Saranan ini telah diperkatakan oleh YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, semasa merasmikan Majlis Penyampaian Imbuhan Imam dan Bilal Masjid bagi daerah Kemaman kali pertama sesi 2010.

Tambahnya lagi, kefungsian imam dan bilal bukan hanya terbatas dalam memimpin menunaikan solat 5 waktu tetapi juga sebagai “role model” kepada masyarakat setempat serta merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid sepertimana yang dilaksaknakan ketika zaman Rasulullah saw.

Disamping itu, beliau juga berpesan agar imam dan bilal dapat menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu semasa dengan tepat kerana masyarakat setempat sentiasa mempercayai dan menghormati apa jua kata-kata yang diterjemahkan oleh tuan imam.

Turut hadir ialah Ustaz Zulkifli, Tuan Pegawai Agama Daerah Kemaman yang baru bertugas bermula 1 mac baru-baru ini.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Saturday, March 20, 2010

1 Malaysia, 1 Terengganu Bersama Menteri Besar Terengganu

INTEGRASI KAUM...1 Malaysia

RIBUAN RAKYAT BERSATU...Berkumpul dalam satu barisan

CHUKAI 19 Mac – Majlis yang dianjurkan oleh Pemuda MCA Kemaman telah menghimpunkan lebih 5000 orang termasuk kaum Melayu dan India serta dihadiri oleh barisan pimpinan UMNO, MCA dan MIC Bahagian Kemaman.

Mereka yang hadir kebanyakannya datang dari setiap pelusuk di sekitar daerah kemaman dan berhimpun di Dewan Seri Amar Di Raja.

Kebanyakan mereka yang hadir adalah terdiri dari kalangan belia yang masih muda yang datang bersama keluarga masing-masing.

Lebih meriah, YAB Dato’ Hj Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman telah hadir meluangkan masa beramah mesra dengan semua tetamu.




KEMAMAN HARI INI

berita penuh

ADUN Chukai Raikan Juara Perarakan Maulidir Rasul

DIHARGAI...Mohamed menyampaikan cenderahati kepada peserta perarakan.

CHUKAI 20 Mac – Juara Perarakan Maulidir Rasul (Kategori JKKK) peringkat Daerah Kemaman diraikan dengan penuh meriah di Balairaya Taman Perumahan Gong pauh.

Mereka yang hadir datang bersama dengan keluarga masing-masing. Majlis ini diadakan kerana menghargai pengorbanan dan latihan bersungguh-sungguh dikalangan peserta.

YB Dato’ Hj Mohamed Bin Awang Tera, ADUN Chukai, hadir meraikan mereka sambil memberi cenderahati kepada semua perserta perarakan.

Turut hadir meraikan pemenang daipada kontijen JKKK Taman Perumahan Gong pauh ini ialah Tn Hj Mohamad Kamil Bin Othman, Pegawai Daerah Kemaman.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

3 INSAN ISTIMEWA CONTOH MENDAPAT SIJIL PENGHARGAAN

KEMASIK, 19 Mac – YAB Dato’ Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai kepada 3 insan istimewa contoh bagi Dun Kemasik dalam Program Juara Rakyat Bulan Kebajikan di Hadapan Dewan Orang Ramai Kg. Pengkalan Ranggon.


Ketiga-tiga insan istimewa ini dipilih kerana mereka telah berjaya mempunyai kerjaya sendiri seperti insan normal yang lain. Mohammad Zahid Bin Muda dari Kg. Baru Kerteh telah berjaya dalam bidang penulisan. Zaliani Bin Khalid dari Rumah Murah Kerteh pula berjaya membuka kedai kasutnya sendiri. Manakala Mukhtar Bin Othman dari Rumah Murah Kemasik telah berjaya membuka perniagaan membuat pagar chanlan.


Dalam program ini juga YAB Menteri Besar Terengganu menyerahkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beramah mesra dengan penerima bantuan.

Di samping itu, YAB Menteri Besar Terengganu masuk kampung membaiki 3 buah rumah di Kg. Batu Putih, Ranggon Estate dan Kg. Pengkalan Ranggon.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara menarik. Antaranya, persembahan dari kanak-kanak kurang upaya, silat, marhaban, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran pemilih baru dan pendaftaran ahli UMNO.

Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu dengan mengetuk Gong sebanyak 3 kali dan disertakan paluan kompang.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Ir Rosli Bin Othman (ADUN Kemasik), YB Tuan Haji Wan Hakim Bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar (ADUN Air Putih ), Dato’ Haji Abu Bakar Bin Ali ( Mantan ADUN Kemasik ), Tuan Haji Roshali Bin Taha (Pengarah APMT), barisan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Dun Kemasik dan masyarakat setempat.

berita penuh

Friday, March 19, 2010

Hampir 2000 Orang Banjiri Dataran DUN Chukai

MESRA...MB beramah mesra dengan tetamu

HADIR...Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir

CHUKAI 18 Mac – Hampir 2000 orang rakyat Chukai membanjiri Dataran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chukai untuk menyambut ketibaan YAB Dato’ Hj Ahmad Said.

Kebanyakan mereka yang hadir datang daripada kampung untuk berjumpa dan beramah mesra dengan Menteri Besar kesayangan mereka.

Turut membanjiri dataran tersebut ialah kesemua JKKK dalam DUN Chukai, Ketua-ketua Jabatan dan saf kepimpinan UMNO Bahagian Kemaman.

Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah (Geran Tanah) kepada 207 orang penerima

Ahmad Said dalam ucapannya berpesan supaya rakyat bersyukur di atas apa yang telah kerajaan laksanakan pada hari ini kerana pelbagai bentuk bantuan telah diberi kepada rakyat untuk meringankan beban rakyat.

Turut hadir ialah YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai dan YB Hj Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Wan Mohtar, ADUN Air Putih.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Wednesday, March 17, 2010

Gotong Royong Baiki Surau


KERJASAMA… Pelajar-pelajar TATiUC turut membantu penduduk Kampung menambah ruang solat surau.

KIJAL 17 Mac – Surau Kg Tengah akan digunakan sebagai masjid sementara bagi penduduk di sini sehingga Masjid Jamek sediada siap dibaikpulih.

Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Tengah, jawatankuasa masjid, Pejabat Daerah Kemaman dan pelajar-pelajar Kolej Universiti TATI (TATiUC) bergotong royong membersih kawasan dan membesarkan ruang solat yang sediaada bagi memberi keselesaan kepada jemaah terutamanya solat Jumaat.

“ Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong ini terutama pihak Pejabat Daerah Kemaman serta pelajar-pelajar TATiUC kerana dengan bantuan serta penglibatan mereka membolehkan kerja menambah ruang solat ini dapat disempurnakan dalam masa yang singkat” kata En. Ahmad Tarmizi bin Johar @ Ismail, 42 , yang merupakan pengerusi JKKK Kg Tengah.

Rombongan pelajar TATiUC seramai 100 orang di ketuai oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni En Wan Zulkarnain Bin Othman dan beberapa kakitangan turut berbesar hati untuk bersama masyarakat setempat dalam usaha merakyatkan TATiUC.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, March 15, 2010

Gotong – Royong Perdana Bersama Jabatan Kerajaan


TEKUN…penduduk bekerjasama bergotong-royong

KIJAL, 15 Mac – Gotong –royong ini dianjurkan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Payoh dan kerja-kerja membersihkan kawasan berjalan lancar bermula jam 8.00 pagi.

Antara pihak yang turut menyertainya ialah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Daerah Kemaman (PDK, Jabatan Kerja Raya Kemaman (JKR), anggota Jawatankuasa Peti Undi, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal dan kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).


Menurut En. Yusof Bin Daud, Pengerusi JKKK kampung ini, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini kerana tanpa bantuan semua pihak, gotong-royong ini pasti tidak akan Berjaya.

Tujuan aktiviti ini ialah sebahagian daripada persiapan untuk Program Mesra Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang akan diadakan pada 20 Mac.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Saturday, March 13, 2010

PASUKAN DUN KIJAL JUARA PERARAKAN MAULIDUL RASUL

JUARA... Pasukan Kampung Bukit Teruna merangkul johan dalam Kategori UMNO dan WANITA

KIJAL , 13 Mac – Majlis sambutan Maulidul Rasul peringkat Daerah Kemaman telah berlangsung di Padang Astaka , Chukai.

Hampir 30 000 peserta telah menyertai perarakan tersebut yang dipertandingkan dalam pelbagai kategori antaranya Kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), UMNO, Wanita, Agensi Kerajaan, NGO, Kanak-kanak Tadika, dan Sekolah.


Kampung Bukit Teruna membawa pulang RM10,000 setelah menjuarai 2 kategori iaitu Kategori Wanita dan UMNO manakala Bukit Anak Dara pula mendapat tempat ketiga dalam kategori Wanita.


Bagi Kategori JKKK , Kampung Telok Kalong mendapat tempat kedua membawa pulang RM3,000. TABIKA Kg Tengah Kijal menjadi Johan kategori TABIKA dan membawa pulang RM5,000.


Majlis dirasmikan oleh YB Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu .


Turut memeriahkan sambutan tersebut pemimpin-pemimpin negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan serta masyarakat di seluruh Daerah Kemaman.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Lagi Cerita SMS MB Terengganu

“Saya Tidak Akan Melayan Semua Itu” - Hishammuddin

Hadir...Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.


CHUKAI 13 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta agar pihak media tidak diperalatkan untuk menimbulkan persengketaan kerana media sepatutnya lebih arif tentang kebenaran sesuatu berita apatah lagi media sering berdamping dan paling dekat dengan Menteri Besar.

Beliau mengulas mengenai pelbagai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar yang tersebar di negeri terengganu.

“Saya tidak akan melayan semua itu“, begitulah kata-kata Naib Presiden UMNO itu yang menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya, beliau hanya menilai prestasi setiap pemimpin berdasarkan penerimaan rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan SMS itu disebarkan oleh individu tertentu yang berkepentingan namun tindakan itu tidak akan menentukan jatuh bangun UMNO di negeri ini.

Kenyataan ini diulas semasa merasmikan perarakan Maulidul Rasul Peringkat Parlimen Kemaman di Chukai. Turut hadir YAB Dato’ Ahmad Said, MB Terengganu dan YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

UMNO Cawangan Pekan Kertih Turut Mendapat Tempat Di Hati Juri


Semangat…Pasukan UMNO Pekan Kertih yang menyertai pertandingan perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman


KEMASIK, 13 Mac – UMNO Cawangan Kertih bersama JKKK Kg. Gelugur dan Kg. Tengah telah memenangi hadiah wang tunai RM 1000 iaitu mendapat tempat ketiga dalam Perarakan Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman Tahun 1431 Hijrah melalui kategori pembarisan terbaik badan NGO yang diadakan di Taman Awam Chukai.


Seramai 40 orang peserta pasukan ini telah memilih sepanduk “Salam Maulidur Rasul” dan “Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah”.


Perarakan Perdana ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan turut dihadiri oleh Dato’ Haji Shabery Bin Cheek, Menteri Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu, Tuan Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid (Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu), Dato’ Mohamed bin Awang Tera (ADun Chukai), YB Ir. Rosli bin Othman (Adun Kemasik) dan YBTuan Haji A. Rahman bin Yahya (Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kemaman, YB Adun dalam Dearah Kemaman.


Penduduk sekitar Kemaman telah membanjiri Taman Awam Chukai mulai jam 7.00 pagi untuk menyertai perarakan ini dan orang awam turut hadir bagi memberi sokongan padu untuk menjayakan majlis tersebut.


Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kategori yang telah dipertandingkan. Cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

NAIB PRESIDEN UMNO KUNJUNGI KEMAMAN


MOHON KEBERKATAN TUHAN….(Hadapan dari kiri) Ir. Rosli bin Othman, Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Haji Wan Salleh, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman (Pegawai Daerah Kemaman), Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang, Dato’ Haji Ahmad bin Said, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Dato’ Haji Shabery bin Cheek, Dato’ Mohamed bin Awang Tera, Tuan Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid (Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu), Tuan Haji A. Rahman bin Yahya (Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kemaman) serta Datin Seri Tengku Marsilla binti Tengku Abdullah.

KEMAMAN, 13 Mac – Hasrat murni YAB. Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu, merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman tercapai apabila kira-kira 29,000 orang berhimpun di Taman Bandar Chukai bagi meraikan Perarakan Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kemaman anjuran Pejabat Daerah Kemaman dan UMNO Bahagian Kemaman.


Majlis tersebut yang bermula jam 7.00 pagi telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) telah mencatat sejarah buat kali kedua setelah pertama kali diadakan di sini pada tahun 2007 dengan kehadiran 24,000 orang.

Kategori yang dipertandingkan adalah JKKK, UMNO, Perempuan, Badan Kerajaan, Swasta dan NGO, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Tadika/Prasekolah dengan jarak perarakan 6.4km bagi dewasa dan 4.2km bagi kanak-kanak.

Setiap kategori menerima sijil penyertaan dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (johan), RM3,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga). Turut di pertandingkan kategori sepanduk terbaik dan selawat terbaik.

Cabutan bertuah mengakhiri majlis pada jam 2.00 petang dan selepas itu, Menteri Besar beserta rombongan telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Puan Hajjah Rohani binti Abdullah di Kampung Bakau Tinggi, Chukai.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Thursday, March 11, 2010

Menteri Besar Rasmi Kelab Bermotor Pemuda

KIJAL, 12 Feb, YAB Dato Hj Ahmad Bin Said telah merasmikan Kelab Bermotor Pemuda DUN Kijal di perkarangan Medan Selera Meraga Beris yang merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengatasi masalah Mat Rempit.

Dengan tertubuhnya kelab ini, gejala merempit dapat dikurangkan serta dapat didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada ahli-ahli kelab bermotor.


Memetik ucapan Menteri Besar, beliau berhasrat golongan belia bermotor dapat dihimpunkan supaya kerajaan boleh menyalurkan peruntukan dalam membangunkan halatuju belia di negeri ini.

Seramai 1000 peserta Kelab telah didaftarkan pada majlis tersebut.

Menurut Ketua Kelab, Zukefli Bin Abu Bakar ,24, beliau amat berbesar hati dengan kecaknaan pemimpin terhadap golongan muda terutama Mat Rempit.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Roshali Bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT ) bersama Mohd Hisham Bin Haji Zubir, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, March 9, 2010

TESMAL UNIVERSITY GAMES 2010

10 Mac 2010


TAHNIAH…Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat (APMT)
menyampaikan piala kepada salah seorang pemenang.


MAK LAGAM – Buat kali kelimanya, Kejohanan Olahraga TESMAL 2010 mencatat sejarah baru apabila Johan Keseluruhan telah dinobatkan kepada Mohd Khairul Anwar bin Mohd Zulkifli sebaik sahaja diumumkan dalam majlis penutup semalam.


Terengganu Elite School Mak Lagam (TESMAL) telah mempertandingkan sepuluh acara antaranya balapan 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 4x100m, 4x400m, lompat jauh, lompat kijang dan lontar peluru mengikut kategori bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Turut mencipta sejarah dalam kejohanan tersebut adalah Ahmad Kamal Izzuddin bin Mohamad Fauzi sebagai pemenang Olahragawan manakala Olahragawati disandang oleh Siti Hajar binti Mohd Yatim. Bagi Olahragawan Harapan digondol oleh Lutfi Hadi bin Ahamad Nordin manakala Olahragawati Harapan adalah Nurul Nadia binti Fadzil.

Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Tuan Haji Roshali bin Taha berkata, guru-guru TESMAL bukan sahaja hebat mengajar pelajarnya dalam akademik tetapi juga hebat dalam kokurikulum.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, March 8, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERDANA

9 Mac 2010


KEMAMAN – Seawal jam 7.00 pagi, anggaran 30,000 orang akan membanjiri Bandar Chukai pada 13 Mac 2010 bersamaan 27 Rabiul Awal 1431H bertempat di Taman Bandar Chukai untuk menyertai Perarakan Maulidur Rasul Perdana yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kemaman dan UMNO Bahagian Kemaman.

Perarakan ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang akan diiringi oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu juga selaku Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Menurut Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman,
Encik Rosli Ahmad, sebanyak 368 pasukan yang sudah berdaftar untuk menyertai perarakan tersebut sekarang , tidak termasuk orang ramai yang akan turut serta dalam perarakan pada hari berkenaan. Dan, pihak kami masih lagi membuka penyertaan kepada mana-mana pihak yang ingin turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah JKKK, UMNO, Perempuan, Badan Kerajaan, Swasta dan NGO, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Tadika/Prasekolah. Jarak perarakan 6.4km bagi dewasa dan 4.2km bagi kanak-kanak.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh