Sunday, June 13, 2010

AHLI PEMANGKIN PEMBANGUNAN KOPERASI

ILMU... Dato' Mohamed berkongsi ilmu koperasi kepada ahli-ahli Persatuan Ibu tunggal yang hadir.

14 JUN CHUKAI
– Ahli-ahli koperasi perlu setia dan menyokong penuh koperasi yang mereka sertai bagi memastikan ia mampu mencatatkan keuntungan serta memberi pulangan lebih lumayan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera berkata, adalah mustahil untuk sesebuah koperasi berjaya dan mampu berdaya saing tanpa sokongan dan kesetiaan ahli-ahlinya.

“Ahli-ahli koperasi perlu berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan pendapatan dan keuntungan kepada koperasi dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

“Ahli-ahli koperasi juga perlu peka dan melihat akan hala tuju koperasi yang mereka sertai “, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Kasih Dan Perasmian Persatuan Ibu Tunggal Kemaman di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga Kemaman.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga dan MAIDAM Kemaman.

Menurut Mohamed, Kerajaan negeri Terengganu di bawah kepimpinan YAB Dato’ Hj Ahmad Said sentiasa merancang dan menyusun pelbagai program untuk membantu koperasi-koperasi di negeri Terengganu.

Bermula pada 1 Julai 2010 ini, satu bahagian baru di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu akan mewujudkan Bahagian Pembangunan Koperasi, yang akan melaksanakan tugasan didalam ”Mengkoperasikan Rakyat” dibawah Flagship Sektor Koperasi yang juga menjadi KPI kepada Portfolio Pembangunan Luar Bandar, Usahawan & Koperasi yang dikenali sebagai (1 Kampung 1 Koperasi).

Usaha ini dijangka akan dapat merangsang & merancakkan lagi arena keusahawan negeri, disamping menuju kearah sebagai penjana ekonomi rakyat dan negeri Terengganu.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

AMANAT PUTERI UNTUK SKUAD CSI


Gimik…Penyerahan borang pendaftaran ahli baru UMNO kepada Setiausaha Puteri UMNO Malaysia disaksikan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said.


CHUKAI 4 Jun - Lebih 1000 orang ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman berhimpun di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman untuk bertemu dengan YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman.


“Dalam Program Himpunan Seribu Mawar ini merupakan program empat dalam satu kerana turut diselitkan Pelancaran Skuad CSI (Cari Seramai Ahli), Pelancaran Persatuan Permotoran Puteri Kemaman dan juga sambutan ulangtahun Puteri UMNO Kemaman kali ke sembilan tahun ini” kata Puan Azita bt Ab. Rahman, Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.


Pink…lebih 1000 orang ahli Puteri UMNO Bahagian Kemaman yang hadir.

Misi Skuad CSI adalah mencari seramai mungkin ahli UMNO baru di dalam bahagian Kemaman. Pada hari ini, Skuad CSI telah menyerahkan sebanyak 354 keping borang pendaftaran ahli baru UMNO semasa gimik pelancaran diadakan. Selain itu, kaunter daftar pemilih turut diadakan di ruang pameran bagi mendaftarkan ahli UMNO yang sudah cukup umur 21 tahun.
Puan Asfalinda bt Anuar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kemaman berkata, “Persatuan Permotoran Puteri Kemaman setakat hari ini dapat mengumpulkan ahli seramai 150 orang di mana persatuan ini akan mengadakan program konvoi ke mana sahaja mengikut kemampuan kami”.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menaja program ini dan pihak yang turut terlibat secara langsung dan juga tidak langsung kerana telah menjayakan dan memeriahkan program ini.













KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Friday, June 11, 2010

TAYANGAN SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA




Peminat pasukan Afrika Selatan dan Mexico menunggu detik bermula perlawanan

Kijal 11 jun- Peminat-peminat bola sepak piala dunia di sekitar Kijal telah berkumpul pada malam ini diperkarangan Pusat Khidmat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bagi menyaksikan perlawanan pertama Pasukan Afrika Selatan melawan pasukan Mexico.


Dijangkakan 200 peminat kejohanan berprestij ini akan menyaksikan perlawanan di paparan besar secara langsung sepanjang Kejohanan PIALA DUNIA ini.


Pelbagai hadiah-hadiah menarik telah disediakan bagi memeriahkan lagi tayangan siaran langsung ini. Program ini telah dikelolai oleh Penyelaras Pemuda UMNO DUN Kijal dengan kerjasama Penyelaras UMNO DUN Kijal dan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (DUN Kijal )




KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Sunday, June 6, 2010

Turun Padang Tunai Kewajipan


CHUKAI – Bukannya berkempen untuk pilihanraya apatah lagi musim kempen pilihanraya belum tiba, namun agenda berbakti kepada masyarakat tetap diteruskan apabila YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai sering turun padang berjumpa dengan masyarakat Kampung dalam DUN Chukai.

Terbaru, beliau telah turun padang berjumpa dengan masyarakat kampung di Kg Geliga Baru dan Geliga Jambatan sambil mengagihkan hamper barangan keperluan dapur hampir 40 buah keluarga.
PRIHATIN... Tok Mat sedang berbincang dengan salah seorang penduduk di Kg Geliga Jambatan sambil menunjuk kawasan yang sering dinaiki air apabila tiba musim tengkujuh
TINJAU...meninjau salah sebuah rumah yang uzur.

Beliau berkata, “Hasil daripada program turun padang ini, saya dapat mendengar secara terus luahan hati masyarakat kampung yang amat memerlukan bantuan dan keperihatinan daripada pihak kerajaan samaada dalam konteks kebajikan, keperluan asas juga hal-hal berkaitan keselamatan kampung”.

Tambahnya lagi, “Rata-rata masyarakat memberikan reaksi yang baik agar pihak pemerintah dan rakyat sentiasa berdampingan demi mencapai hala tuju sebuah masyarakat yang cemerlang dan berilmu”.

Sebelum ini, beliau telah turun padang berjumpa dengan masyarakat kampung di Kampung Geliga, Rumah Murah Kuala Kemaman dan Kampung Kuala Kemaman. Perancangan selepas ini akan meninjau masyarakat yang berada di kawasan Bandar seperti Kg Tengah Chukai, Tmn Chukai Utama dan beberapa kawasan lain.








KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Saturday, June 5, 2010

PIALA DUNIA KEMBALI LAGI



JIKA ANDA KESUNYIAN TIADA TEMAN UNTUK MENONTON SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA KALI INI.

JOM santai bersama kami di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal.
Pasti hebat menonton dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik
KEMAMAN HARI INI

berita penuh