Tuesday, July 20, 2010

MENTERI BESAR MELAWAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

KEMAMAN HARI INI


MENTERI BESAR MELAWAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

AIR PUTIH, 10 Julai - Hasrat masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Pergam untuk bertemu Menteri Besar Terengganu tercapai apabila YAB Dato’ Haji Ahmad Bin Said berkunjung ke kampung tersebut semalam.


TUAH... YAB Dato Hj Ahmad b. Said (memakai anyaman di kepala) menyampaikan
hadiah cabutan bertuah Kepada salah seorang pemenang

YAB Dato Hj Ahmad bin Said berkata setelah dua tahun setengah menjadi Menteri Besar inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke perkampungan Orang Asli Sungai Pergam yang merupakan aset penting dalam Barisan Nasional.

Dalam ucapannya beliau turut mengumumkan akan menambahkan tanah rezab untuk mereka seluas 400 ekar untuk generasi akan datang dan 40 buah rumah baru yang akan dibina bagi golongan yang baru berkahwin.


Kerajaan negeri akan membangunkan Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam seperti kampung-kampung lain dan tidak dipinggirkan dalam arus pemodenan.

Harapan Menteri Besar Terengganu agar msyarakat Orang Asli Sungai Pergam dapat berjimat-cermat dalam berbelanja dan hidup dengan harmoni disamping mengamalkan ajaran agama islam dalam kehidupan harian.


Turut hadir dalam program tersebut ADUN Air Putih YB Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Setiausaha Politik Menteri Besar Tuan Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid, Pegawai Daerah Kemaman Tuan Haji Mohd Kamil bin Othman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Encik Abdul Razak bin Arshad, Ketua-ketua Jabatan dan ahli-ahli parti.

berita penuh

PASIR GAJAH JKKK CEMERLANG


KEMAMAN HARI INI

PASIR GAJAH JKKK CEMERLANG


CHUKAI, 12 Julai – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Gajah diumumkan JKKK Cemerlang Bagi Tahun 2009 bagi DUN Air Putih dan membawa pulang wang tunai RM10,000.00 dan sijil penyertaan.
Majlis Anugerah Kecemerlangan JKKK Daerah Kemaman Bagi Tahun 2009 telah diadakan di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) sempena Lawatan Kerja Menteri Besar ke Daerah Kemaman.
TERIMA… JKKK Kg Pasir Gajah menerima hadiah daripada YAB Menteri
Besar (berbaju putih)

YAB Menteri Besar mengingatkan JKKK supaya tidak hanya memikir projek tetapi sentiasa bermesyuarat setiap bulan dan bermuafakat untuk memajukan dan menjaga keselamatan kampung.

JKKK mewakili parti dan kerajaan, oleh itu apa jua yang dilakukan oleh JKKK akan memberikan kesan kepada parti dan kerajaan.

Pengerusi dan ahli jawatankuasa JKKK haruslah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dan sekiranya tidak berkemampuan haruslah memberikan peluang dan ruang kepada orang lain. Disamping memperkasakan JKKK,ahli jawatankuasa mestilah proaktif dalam mendaftar ahli UMNO dan daftar pemilih.

Bagi kategori lima JKKK terbaik setiap DUN di menangi oleh JKKK Kg Pasir Gajah, JKK Kg Baru Felda Neram 1, JKKK Felda Seberang Tayur, JKKK Felda Cerul 2 dan JKKK Kg Cina Jabor.

Pengerusi JKKK Kg Pasir Gajah dan JKKK Kg Seratus Felda Neram 1 turut memenangi Hadiah Khas Juri Bagi Kutipan Cukai Tanah peringkat Parlimen Kemaman

berita penuh

497 ORANG MURID TERIMA E-BOOK






KEMAMAN HARI INI



497 ORANG MURID TERIMA E-BOOK




AIR PUTIH, 10 Julai – Seramai 497 orang murid tahun 5 dalam DUN Air menerima E-Book daripada YAB Menteri Besar Terengganu.
Majlis yang di adakan di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Air Putih melibatkan sebahagian sekolah rendah dalam DUN Air Putih iaitu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gajah hingga ke SK Jabor Perasing.
TERIMA… Kembar tiga dari SK RKT Seberang Tayor menerima E-Book daripada
YAB Dato’ Hj Ahmad bin Said (berdiri belakang tiga dari kanan)

Bagi ADUN Air Putih Hj. Wan Abdul Hakim b. Wan Mokhtar, pemberian E-Book ini menimbulkan rasa kebanggaan kepada rakyat Terengganu.
Menurut YAB Dato’ Ahmad b. Said, Kerajaan Negeri amat mementingkan pendidikan dan ini terbukti apabila 135 juta daripada perbelanjaan negeri diperuntukkan kepada bidang pendidikan.
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu, pelbagai bantuan dan galakkan diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Pakaian Sekolah, Bantuan Persediaan Ke Institusi Pengajian Tinggi Yayasan Terengganu dan penajaan pelajar bidang Perubatan ke Luar Negara.
Pada majlis yang sama YAB Dato’ Hj Ahmad b. Said turut menyerahkan baucer Bantuan Pakaian sekolah kepada Pengerusi JKKK.



SERAH… YAB Dato Hj Ahmad b. Said (tengah) menyerahkan Baucer Bantuan
Pakaian Sekolah kepada Pengerusi JKKK Kg Seberang Tayur Hilir

berita penuh

Thursday, July 8, 2010

REMAJA CEMERLANG, NEGARA GEMILANG


Chukai, 08 Julai – Belia/ Remaja merupakan harapan dalam penentuan hala tuju sesebuah Bangsa, Agama dan Negara. Belia yang berkualiti merupakan pemangkin dalam menjadikan Malaysia sebuah Negara yang sama hebat dengan Negara-negara maju yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera berkata, remaja atau belia hari ini perlu berani dalam menempuh arus perubahan yang sesuai dengan peredaran zaman.

Tambahnya lagi, zaman yang terkenal dengan kemodenan haruslah diambil peluang yang sebaik mungkin dan tidak terpengaruh dengan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan.

SEMAK... Peserta dana membuat semakan nama sebelum ke meja bank

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Dana Remaja DUN Chukai kali pertama yang diadakan di Dewan Sri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman. Seramai 237 orang yang menerima dana sebanyak RM200 seorang.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh