Monday, August 30, 2010

ADUN CHUKAI MELAWAT BAZAR RAMADHAN

MESRA... Mohamed bertanyakan sesuatu tentang kuih muih yang dijual oleh perniaga tersebut.

Chukai 29 Ogos – Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera yang juga ADUN Chukai tetap meluangkan masa untuk turun padang melawat gerai-gerai di bazar ramadhan berhampiran Padang Astaka Kemaman.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah mengambil kesempatan bertanya khabar dan beramah mesra dengan perniaga-perniaga disamping membeli juadah untuk berbuka puasa.

Disamping itu, Mohamed juga mengambil peluang untuk bertemu dengan rakyatnya yang hadir untuk membeli juadah berbuka puasa.
Program lawatan seumpama ini merupakan program rutin yang diadakan pada setiap tahun menjelang ramadhan.




KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Sunday, August 22, 2010

Turun Padang Temui Rakyat

BERJIWA RAKYAT... Shabery bertanya khabar dengan salah seorang penerima bantuan

CHUKAI 22 Ogos – Dalam kesibukan bergelar sebagai seorang Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Hj Ahmad Shabery Cheek sentiasa memenuhi masa yang terluang untuk bertemu dengan rakyatnya di Parlimen Kemaman.

Terbaru, beliau telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama penduduk di Kampung Kuala Kemaman. Pada majlis itu, beliau mengambil kesempatan bertemu dengan 174 orang warga miskin untuk menyampaikan sumbangan bantuan JKM serta sedikit barangan keperluan harian yang merupakan sumbangan Parlimen Kemaman.

Sebelum itu, beliau bersama-sama dengan APMT DUN Chukai dan Pimpinan Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Kemaman menemui masyarakat dari Kampung Tuan Injin Gergaji untuk menyempurnakan Program Cakna Rakyat dalam usahasama menjalankan kempennya yang dinamai Jelajah Ibadah Parlimen Kemaman.

Pada majlis tersebut, sebanyak 30 orang warga miskin telah menerima bantuan barangan dapur bagi persiapan untuk juadah berbuka puasa.





KEMAMAN HARI INI

berita penuh