Friday, April 15, 2011

Puteri Kemaman anjur Mini Karnival Sukan

Pelbagai acara sukaneka dan pertandingan bola jaring diadakan sempena Program Mini Karnival Sukan Puteri Umno Parlimen Kemaman, yang diadakan di Padang Astaka Cukai, hari ini.

Program anjuran bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.


Program tersebut bertujuan memberi peluang ahli-ahli pergerakan itu beriadah dan mengeratkan tali silaturahim antara mereka.

Sempena program itu juga Pergerakan Puteri Bahagian Kemaman mengambil kesempatan mendaftar ahli-ahlinya yang layak, sebagai pemilih bagi membolehkan mereka layak mengundi.

Menteri Besar dalam ucapan ringkasnya sewaktu merasmikan progam itu meminta ahli-ahli Puteri yang belum mendaftar sebagai pemilih supaya berbuat demikian secepat mungkin.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Saturday, April 2, 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN TERENGGANU DAN PUSAT

Projek Jambatan Baru Bukit Kuang sedang dijalankan

Rakyat Terengganu terutama masyarakat di sekitar Kemaman berasa bersyukur di atas pembinaan jambatan baru Bukit Kuang bermula akhir tahun lalu.

Jambatan yang dianggarkan berharga hampir 180 juta ini bakal menjadi mercu tanda baru disamping mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna jalanraya terutama waktu-waktu puncak.

Seluruh rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat diatas kelulusan projek tersebut. Hubungan yang baik antara dua kerajaan ini telah memberi kesan atau impak yang amat baik kepada kesejahteraan rakyat.

Dengan terlaksananya projek sebegini menunjukkan bahwa kerajaan negeri dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Said komited dengan motto Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan dan Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, March 22, 2011

PROGRAM ANAK ANGKAT DAN KEMASYARAKATAN

KIJAL- Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (DUN KIJAL) dengan kerjasama JKKK Kg Titian Berayun dan JKKK Kg Meraga Beris akan mengadakan Program Anak Angkat Dan Kemasyarakatan (SPORA ) UITM Kampus Shah Alam, Selangor.

Menurut Ketua penyelaras program En Hashim Bin Ali, program tersebut akan dilaksanakan pada 25 hingga 27 Mac 2011 yang jadualkan akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Kijal. Seramai 100 pelajar akan menginap dirumah 50 keluarga angkat dari 2 buah kampung terbabit.


Antara pengisian program sepanjang 3 hari 2 malam tersebut adalah motivasi pelajar dan kenduri rakyat. Dijangka 400-500 masyarakat sekitar turut menjayakan program tersebut.

Pihak penganjur program berharap program ini berjalan sebagaimna dirancang dan mendapat menfaat untuk semua pihak terutama anak-anak keluarga angkat menjadikan peserta program sebagai ikon untuk berjaya ke menara gading.

Laporan : Zul Endut

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Saturday, February 12, 2011

Dewan Serbaguna Tiong Hua Siap Dibina

Oleh: Kamarudin Mat Akib / Gambar Oleh Zul Putra


Dewan Serbaguna bagi masyarakat Tiong Hua di Kampung Mak Dayang, Chukai Kemaman sudah siap dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan, termasuk riadah dan upacara perkahwinan, dalam tempoh terdekat ini.

Dewan Serbaguna bagi masyarakat Tiong Hua daerah Kemaman yang dibina di Kampung Mak Dayang, sudah siap dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan, termasuk riadah dan upacara perkahwinan, dalam tempoh terdekat ini.


Dewan berharga RM4.5 juta itu turut menyediakan kelengkapan gelanggang badminton, futsal dan sepak takraw. Ia juga boleh digunakan sebagai tempat perkahwinan masyarakat tersebut serta pelbagai acara kemasyarkatan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan beberapa pegawai kanan kerajaan mengadakan lawatan ke dewan berkenaan hari ini.



Dato’ Seri Liow berkata, langkah kerajaan negeri menyediakan kemudahan tersebut membuktikan betapa Kerajaan Terengganu begitu cakna kepada keperluan masyarakat Tiong Hua.

Beliau berkata, masyarakat Tiong Hua perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Ahmad dan mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.



“Saya amat tersentuh apabila melihat kemesraan Menteri Besar dan Dato’ Ahmad Shabery dengan penduduk tempatan semasa kami sama-sama minum di bandar Kemaman pagi ini,” katanya.

Beliau berkata, sikap ramah dan rendah diri Dato’ Ahmad Said sukar ditandingi pemimpin lain dan sewajarnya penduduk Tiong Hua memberi sokongan penuh kepada beliau.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

KERAJAAN NEGERI PRIHATIN MASALAH KESIHATAN

Oleh: Kamarudin Mat Akib / Gambar Oleh Zul Putra


Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai ditemani Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek melawat pesakit di Hospital Kemaman.

Kerajaan negeri prihatin terhadap aspek kesihatan dan perbelanjaan yang besar dikeluarkan pada setiap tahun bagi menambah nilai kemudahan kesihatan yang disediakan Kerajaan Pusat di negeri ini.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata tahun lalu peruntukan RM7.6 juta dikeluarkan kerajaan negeri bagi membeli pelbagai peralatan untuk kegunaan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mengeluarkan banyak perbelanjaan bagi membiayai rawatan pesakit kronik agar penduduk negeri ini mendapat rawatan terbaik.

Bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Kemaman pula, katanya, kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan tanah seluas 50 ekar di Bandar Baru Kijal bagi membina sebuah hospital baru.

“Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan pembinaan hospital baru ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan, hari ini.

Pada masa yang sama, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana peka dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi pihak pengurusan Hospital Kemaman dengan meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menaiktara kemudahan hospital berkenaan.



Beliau berkata, sudah sewajarnya Kemaman mendapat hospital baru kerana ia merupakan daerah kedua terbesar di negeri ini dan kapasiti penduduk yang agak padat.

Tambahan pula, katanya, Kemaman kini pesat membangun dan merupakan penyumbang ekonomi terbesar negara ini di segi hasil petroleum dan gas.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Kerajaan Lulus RM10 juta Tingkat Kemudahan Hospital Kemaman

Oleh: Kamarudin Mat Akib / Gambar Oleh Zul Putra


Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai bersama Dato' Ahmad Shabery Cheek dan Dato' Seri Ahmad Said ketika melakukan lawatan ke Hospital Kemaman.

Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menaiktaraf pelbagai kemudahan di Hospital Kemaman, dalam usaha menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan dan menaiktaraf kesihatan rakyat, khususnya penduduk di daerah berkenaan.


Kelulusan serta-merta itu dilakukan hasil lawatan kerja Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan hari ini, bagi meninjau secara lebih dekat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan hospital berkenaan.

Beliau berkata, sebahagian daripada peruntukan segera itu akan digunakan bagi menyediakan pelbagai peralatan kesihatan, termasuk CT Scan dan pelbagai peralatan untuk dewan bedah.



“Sebahagian lagi akan digunakan bagi mewujudkan wad Unit Rawatan Rapi (UCI) di hospital ini kerana hospital ini belum mempunyai kemudahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke hospital berkenaan.

Turut serta dalam lawatan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

Dato’ Seri Liow berkata, pihaknya prihatin dengan masalah kesesakan di wad hospital berkenaan dan kekurangan doktor pakar dan langkah jangka panjang akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut.



Bagi keselesaan pesakit, katanya, kementerian itu akan membina sebuah hospital baru di Bandar Baru Kijal di mana kawasan seluas 50 ekar sudah dikenal pasti bagi tujuan berkenaan.

“Hospital baru ini akan dibina melalui Rancangan Malaysia ke-10 dengan mengambil kira pelbagai kemudahan yang diperlukan, termasuk menambah bilangan klinik-klinik pakar untuk pesakit menerima rawatan,” ujar beliau.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Wednesday, January 19, 2011

MENTERI BESAR PRIHATIN


TELITI...Dato’ Seri Haji Ahmad mendengar penerangan ketika menaiki bot peronda Polis Marin yang berpengkalan di Bukit Kuang, Kijal

Keselamatan perairan negara menjadi keutamaan bagi setiap anggota polis marin. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sentiasa dilaksanakan dengan penuh semangat dan berdisplin.


Berikutan itu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said Menteri Besar Terenggan merangkap ADUN Kijal telah meluangkan masa baru-baru ini melawat anggota polis marin bagi memastikan kebajikan dan keperluan asas setiap anggota polis yang berpengkalan di Bukit Kuang, Kijal sentiasa mencukupi dan selesa.

Perjumpaan YAB Dato’ Seri bersama anggota-anggota polis turut disertai beberapa agensi yang berkaitan seperti Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dan Agensi Pembanguna Masyarakat Terengganu DUN Kijal.

Hal ini menunjukkan keprihatinan YAB Dato’ Seri kepada setiap lapisan masyarakat samaada rakyat biasa dan kakitangan kerajaan. Konsep “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” Telah direalisasikan sendiri oleh beliau.

Oleh : Kedamaian ubi

KEMAMAN HARI INI

berita penuh