Saturday, March 20, 2010

3 INSAN ISTIMEWA CONTOH MENDAPAT SIJIL PENGHARGAAN

KEMASIK, 19 Mac – YAB Dato’ Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai kepada 3 insan istimewa contoh bagi Dun Kemasik dalam Program Juara Rakyat Bulan Kebajikan di Hadapan Dewan Orang Ramai Kg. Pengkalan Ranggon.


Ketiga-tiga insan istimewa ini dipilih kerana mereka telah berjaya mempunyai kerjaya sendiri seperti insan normal yang lain. Mohammad Zahid Bin Muda dari Kg. Baru Kerteh telah berjaya dalam bidang penulisan. Zaliani Bin Khalid dari Rumah Murah Kerteh pula berjaya membuka kedai kasutnya sendiri. Manakala Mukhtar Bin Othman dari Rumah Murah Kemasik telah berjaya membuka perniagaan membuat pagar chanlan.


Dalam program ini juga YAB Menteri Besar Terengganu menyerahkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beramah mesra dengan penerima bantuan.

Di samping itu, YAB Menteri Besar Terengganu masuk kampung membaiki 3 buah rumah di Kg. Batu Putih, Ranggon Estate dan Kg. Pengkalan Ranggon.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara menarik. Antaranya, persembahan dari kanak-kanak kurang upaya, silat, marhaban, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran pemilih baru dan pendaftaran ahli UMNO.

Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu dengan mengetuk Gong sebanyak 3 kali dan disertakan paluan kompang.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Ir Rosli Bin Othman (ADUN Kemasik), YB Tuan Haji Wan Hakim Bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar (ADUN Air Putih ), Dato’ Haji Abu Bakar Bin Ali ( Mantan ADUN Kemasik ), Tuan Haji Roshali Bin Taha (Pengarah APMT), barisan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Dun Kemasik dan masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment