Sunday, August 22, 2010

Turun Padang Temui Rakyat

BERJIWA RAKYAT... Shabery bertanya khabar dengan salah seorang penerima bantuan

CHUKAI 22 Ogos – Dalam kesibukan bergelar sebagai seorang Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Hj Ahmad Shabery Cheek sentiasa memenuhi masa yang terluang untuk bertemu dengan rakyatnya di Parlimen Kemaman.

Terbaru, beliau telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama penduduk di Kampung Kuala Kemaman. Pada majlis itu, beliau mengambil kesempatan bertemu dengan 174 orang warga miskin untuk menyampaikan sumbangan bantuan JKM serta sedikit barangan keperluan harian yang merupakan sumbangan Parlimen Kemaman.

Sebelum itu, beliau bersama-sama dengan APMT DUN Chukai dan Pimpinan Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Kemaman menemui masyarakat dari Kampung Tuan Injin Gergaji untuk menyempurnakan Program Cakna Rakyat dalam usahasama menjalankan kempennya yang dinamai Jelajah Ibadah Parlimen Kemaman.

Pada majlis tersebut, sebanyak 30 orang warga miskin telah menerima bantuan barangan dapur bagi persiapan untuk juadah berbuka puasa.





KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment