Wednesday, September 29, 2010

Surau Kg Jaya Dapat PA Sistem

Oleh : Asri Abdullah
SIMBOLIK... Mohamed menyampaikan P.O barangan P.A Sistem kepada En Othman (Pengerusi Surau Kg Jaya) sambil disaksikan oleh Ust Andri Bin Abu Bakar, Pegawai MAIDAM Kemaman.

SUMBANGAN... En Othman (Peng JKKK Kg Jaya) menerima bantuan komputer riba daripada YB Dato' Mohamed.

Chukai, 28 Sept – YB Dato’ Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, telah menyempurnakan bantuan peralatan PA Sistem kepada Surau Kampung Jaya di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chukai.

Pada majlis tersebut turut disampaikan bantuan computer riba kepada JKKK Kg Jaya. Bantuan computer tersebut telah disumbangkan oleh YB Dato’ Mohamed bagi memudahkan kerja-kerja JKKK berkenaan.




KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, September 27, 2010

RIBUAN HADIR BERHARI RAYA


MESRA... Mohammed ambil kesempatan berbual dengan tetamu yang hadir GEMBIRA... Kanak-kanak menunggu giliran untuk mendapatkan duit raya

Chukai, 25 Sept – Ribuan Rakyat hadir pada setiap kali YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, mengadakan majlis rumah terbuka dikediamannya.

Orang ramai mula membanjiri kediaman ADUN Chukai bermula jam 01.00 petang walaupun mengikut aturcara majlis yang sepatutnya bermula jam 2.00 petang.

Dalam suasana menyambut Aidilfitri ini, sudah pasti kanak-kanaklah yang paling gembira meraikannya. Justeru itu, pada majlis ini kanak-kanak yang hadir disajikan air krim disamping duit raya.

Majlis ini telah dihiburkan dengan silingan lagu-lagu raya, persembahan daripada kumpulan burdah/ nasyid dari badan cakna Masjid Geliga dan pertandingan karaoke lagu raya oleh pengerusi-pengerusi JKKK DUN Chukai.






KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, September 21, 2010

Meh Kite Pakat Gi...



Rumah Terbuka ADUN Chukai 2010, 25 september 2010, 02.00 ptg hingga 05.00 ptg



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, September 20, 2010

AMBANG MERDEKA DISAMBUT MERIAH



KEMASIK,30 Ogos – Seramai 5000orang rakyat Kemaman telah membanjiri Pantai Kemasik-Rest,Relax and Recreation sempena Sambutan Ambang Merdeka 2010 bagi menyerlahkan semangat patriotisme disambut meriah khususnya golongan muda.Majlis ini dimulakan dengan deklamasi sajak dan marhaban disusuli tanyangan slide kemerdekaan selama lima belas minit. Program yang dirasmikan oleh YB Ir. Rosli bin Othman,ADUN Kemasik yang turut disaksikan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha,Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu dan Tuan Haji Kamil bin Othman, Pegawai Daerah Kemaman.


Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk meraikan dan mengibarkan jalur gemilang dengan penuh semangat semasa menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 walaupun hari kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan.

Semangat....YB Ir. Rosli melaungkan merdeka sebanyak 7kali diselangi dengan letupan bunga api dan diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku,Jalur Gemilang dan Tanggal 31.




1 Malaysia....Itulah yang dapat dilihat dalam suasana majlis yang penuh kemeriahan ini.


Bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Sulaiman bin Ibrahim bagi menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dan persembahan silat mengakhiri Program Sambutan Ambang Merdeka 2010 yang telah dijayakan dengan kerjasam Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasik . Orang ramai telah dihidangkan dengan jamuan sahur rakyat.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Sunday, September 19, 2010

Kunjungan 2 dalam 1

Oleh : Che Wan Asri Che Wan Abdullah

KUNJUNGAN MESRA... Mohamed teliti mendengar penjelasan yang disampaikan oleh ahli keluarga Pak Tahir.

CHUKAI, 18 September – Sambil berkunjung berhari raya dikala suasana aidilfitri masih segar terasa, YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, berserta isteri dan rombongannya mengambil kesempatan berkunjung melawat seorang warga emas yang ditimpa kemalangan baru-baru ini.

Beliau yang lebih gemar dikenali dengan gelaran Pak Tahir patah kaki kanan, cedera di bahagian kepala dan beberapa kecederaan lain.

Menurut Pak Tahir, beliau amat terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa YB ADUN Chukai akan berhari raya di rumahnya sambil melawatnya.

Dato’ Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu telah menyampaikan bantuan kerusi roda serta sumbangan wang raya kepada Pak Tahir.






KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, September 14, 2010

MOHAMED SEGERA TURUN PADANG

MELIHAT KEADAAN RUMAH... Mohamed melihat keadaan rumah terbakar setelah kerja-kerja memadam kebakaran selesai dijalankan oleh Bomba.
BERBINCANG... Mohamed sedang berbincang dengan pimpinan MCA Kemaman dan pihak Bomba berkaitan dengan kebakaran
KENANGAN... Pihak Bomba dan Pimpinan MCA Kemaman mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama YB kesayangan mereka.
TURUT SAMA... Pihak polis turut sama bergegas ke tempat kejadian






KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: “Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).”

APMT DUN Chukai mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Moga amalan kita mendapat tempat disisi Allah swt.

Jemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka ADUN Chukai pada 25 Sept 2010, Sabtu, 02.00 – 05.00 ptg. Dikediaman ADUN Chukai.

Hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Rasulullah bersabda :
"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"

Sempena dengan hari kemenangan ini sepatutnya umat Islam mengisinya dengan aktiviti yang terus mengekalkan dirinya dalam keadaan fitrah yang suci setelah dosanya diampunkan Allah sebagai mana Rasulullah bersabda :
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas, diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu.(hadith riwayat al-Bukhari )

Salah satu daripada cara yang boleh dilakukan ialah dengan kembali menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di hari raya yang bahagia..diantaranya ..

1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
Mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w adalah pada hari Jumaat , Hari Arafah , Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

2.Memakai Pakaian Baru .
Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru,cantik dan sedondon.Memakai baju baru juga perlu dilakukan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di hari mulia itu.

3.Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya
daripada Anas r.a berkata :
"Biasanya Rasulullah s.a.w sebelum pergi solat Aidilfitri , terlebih dahulu baginda makan beberapa biji kurma " ( hadith Riwayat al- Bukhari , bab al'-Aid)

4. Memperbanyakkan Takbir
firman Allah S.W.T
"Dan menyebut dengan lidah dan hatinya nama Tuhannya serta mengerjakan solat " (surah al-'Ala:15)

5. Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan
Diceritakan daripada Anas,
Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua rakaat,Beliau tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke tempat perempuan bersama bilal.Baginda menyuruh mereka bersedekah.Maka mereka bersedekah.Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)

6.Menghidupkan amalan ziarah menziarahi.
Amalan ini wajar diteruskan supaya saling kenal mengenali diantara sanak saudara dan rakan taulan.Kalau amalan ini tidak dihidupkan kemungkinan besar sanak saudara tidak mengenali satu sama lain.lebih2 lagi pertalian darah yang jauh dan sering tidak berjumpa.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Sunday, September 5, 2010

CAKNA RAKYAT DI SINGGAH SAHUR

HULUR BANTUAN... Mohamed menyampaikan bantuan hamper barangan dapur
GIGIH... Mohamed sanggup berjalan kaki bertemu dengan rakyatnya

CHUKAI 06 September – Meredah kesunyian malam semata-mata untuk bertemu rakyatnya. Itulah sinonim dengan gerak kerja yang ditunjukkan oleh YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, yang sentiasa cakna kepada rakyatnya untuk menghulurkan bantuan hamper barangan dapur bagi persediaan berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu sanggup turun padang dan singgah di 20 buah rumah (keluarga) selepas menunaikan solat tarawikh.

Sambil menghulurkan bantuan dan beramah mesra dengan rakyatnya, Mohamed turut melihat dengan sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyatnya.

Dipenghujung singgah sahur ini, Mohamed turut bersahur dengan rakyatnya di program yang dinamai “duduk bersila”.

Pemilik rumah, Atan Bin M. Rani berkata, “Saya tidak menyangka apabila YB Dato’ sanggup ke rumah saya yang usang ini dan sama-sama bersahur bersama keluarga saya”.

Tambahnya lagi, “saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB, pejabat APMT dan DUN, JKKK Geliga Permai dan jentera UMNO kerana berkunjung ke rumah saya disamping memberi hamper barangan dapur dan sedikit wang tunai”.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Saturday, September 4, 2010

ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN DIRAIKAN

BERJIWA RAKYAT...Mohamed menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim

CHUKAI 3 September – Seramai 200 orang anak-anak yatim dan 100 orang warga miskin telah diraikan oleh YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai semasa majlis berbuka puasa yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chukai.

Anak-anak yatim tersebut telah menerima duit raya dan beg sekolah. Manakala golongan yang kurang berkemampuan telah menerima hamper barangan dapur.

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Hj Mohamed B Hj Awang Tera serta isterinya To’ Puan Wan Zaharah Bt Wan Yahya.

Selain daripada anak-anak yatim dan warga miskin, turut hadir sama berbuka puasa ialah masyarakat-masyarakat dari DUN Chukai.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Tuan Hj Khamil Bin Othman, Pegawai Daerah Kemaman.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Wednesday, September 1, 2010

Daripada Masyarakat, Kepada Masyarakat

TERIMA KASIH... Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima

CHUKAI – “Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Itulah ungkapan yang terlintas ketika YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, turun padang menemui beberapa keluarga yang ditimpa musibah akibat penyakit kronik dan OKU di Taman Perumahan Polis Kemaman.

Dalam lawatan tersebut, Mohamed dan isterinya turut menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada pesakit-pesakit yang dilawatinya.

Lawatan yang diadakan di sebelah malam telah memberi ruang dan peluang kepada ADUN Chukai bagi menemui keseluruh isi keluarga yang berkumpul kerana pada siang hari semestinya ada dikalangan mereka berkerja.

Terdahulu, beliau telah hadir ke majlis ceramah agama dan solat isya’ berjemaah serta beramah mesra dengan warga penduduk dan kakitangan polis yang berada di situ serta telah meluluskan RM17,000.00 untuk diperuntukkan bagi kemudahan infra di surau berkenaan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Balai Polis Kemaman.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh