Sunday, September 5, 2010

CAKNA RAKYAT DI SINGGAH SAHUR

HULUR BANTUAN... Mohamed menyampaikan bantuan hamper barangan dapur
GIGIH... Mohamed sanggup berjalan kaki bertemu dengan rakyatnya

CHUKAI 06 September – Meredah kesunyian malam semata-mata untuk bertemu rakyatnya. Itulah sinonim dengan gerak kerja yang ditunjukkan oleh YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, yang sentiasa cakna kepada rakyatnya untuk menghulurkan bantuan hamper barangan dapur bagi persediaan berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu sanggup turun padang dan singgah di 20 buah rumah (keluarga) selepas menunaikan solat tarawikh.

Sambil menghulurkan bantuan dan beramah mesra dengan rakyatnya, Mohamed turut melihat dengan sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyatnya.

Dipenghujung singgah sahur ini, Mohamed turut bersahur dengan rakyatnya di program yang dinamai “duduk bersila”.

Pemilik rumah, Atan Bin M. Rani berkata, “Saya tidak menyangka apabila YB Dato’ sanggup ke rumah saya yang usang ini dan sama-sama bersahur bersama keluarga saya”.

Tambahnya lagi, “saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB, pejabat APMT dan DUN, JKKK Geliga Permai dan jentera UMNO kerana berkunjung ke rumah saya disamping memberi hamper barangan dapur dan sedikit wang tunai”.



KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment