Tuesday, May 25, 2010

CHUKAI ‘A’ JOHAN LIGA BOLA SEPAK PIALA PENGERUSI TATiUC

JUARA !... Pasukan DUN Chukai A bersama-sama dengan pihak pengurusan DUN meraikan kemenangan

CHUKAI 24 MEI – Pasukan Bola Sepak DUN Chukai “A” telah dinobatkan sebagai johan setelah mengalahkan pasukan Teluk Kalong (Kijal) dengan jaringan 1-0.

Penganjuran Liga Bola Sepak Piala Pengerusi TATiUC ini diadakan buat julung kalinya bermula pada 11 Mac 2010 dan berakhir pada 22 Mei 2010.

Sebanyak 16 pasukan menyertainya dan setiap DUN (dalam parlimen Kemaman) masing-masing diminta menghantar sebanyak 3 pasukan manakala bakinya disertai oleh pasukan-pasukan jemputan seperti MPK, TATiUC (Staff) dan TATiUC (Pelajar).

YB HJ Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Wan Mokhtar, ADUN Air Putih, hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Thursday, May 13, 2010

RENTETAN HIDUP JIWA ANAK MELAYU

TEKUN...Orang ramai yang hadir tekun mendengar ceramah daripada Dato' Seri

Chukai - “Belajarlah nak! hal duit jangan dirisaukan ,Kita nie tak miskin, tapi kita belum senang, ….”. itulah kata-kata hikmat dari ibu tercinta yang menjadi pendorong kepada kejayaan Datuk Seri Hj Aziz Shamsuddin, seorang anak penoreh getah yang punya cita-cita menggunung.

Ketabahan dan pengorbanan ibunya mencari wang untuk membiayai pendidikannya , sehingga terpaksa meninggalkan beliau bersama neneknya untuk mencari wang ,benar-benar menyentuh hati beliau.

Ternyata kemiskinan bukanlah alasan atau penghalang Datuk Seri Hj Aziz Shamsuddin mencapai cita-cita untuk mendapat pendidikan yang setaraf dengan bangsa lain dan juga penjajah.

Pengamatan beliau terhadap kedudukan orang melayu sejak dari zaman persekolahan lagi, samaada dalam sesuatu pertubuhan , perladangan mahupun pendidikan membuatkan beliau terfikir dimana kedudukan anak melayu pada ketika itu sehingga tiada seorang pun dikalangan orang melayu yang berada dikedudukan atasan.

Jiwa anak melayu ini sedikit tercalar, melihat anak bangsa melayu terpinggir dan ketinggalan.Dengan sokongan dan galakan yang berterusan dari ibunya, beliau semakin tekad untuk belajar bersungguh sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah Inggeris.

Meskipun sedikit kecewa kerana gagal untuk meneruskan pelajaran ke Kolej Inggeris , namun beliau berasa berpuashati kerana berpeluang belajar di sekolah Inggeris bersama pelajar berbangsa lain kerana ketika itu , sukar untuk anak melayu mendapat peluang menjejakkan kaki ke sekolah Inggeris.

Pengalaman demi pengalaman hidup dari zaman penjajah hinggalah ke hari ini , melihat perjuangan orang melayu untuk mencapai kemerdekaan dan mengekalkan kemerdekaan serta pembangunan tanah melayu, menjadikan anak pasangan penoreh getah dan buruh kasar ini , merasa amat bersyukur dan bangga dengan usaha dan perjuangan orang melayu bersatu untuk merampas kembali tanah melayu dari tangan penjajah.

Kini pada usia emas ,pegangan paling berharga adalah menyatukan bangsa kita agar tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, kerana beliau yakin penyatuan orang melayu melalui pertubuhan UMNO tidak akan runtuh diusik oleh bangsa lain, kecuali bangsa melayu sendiri yang akan merosak dan menghancurkan penyatuan orang melayu.

Begitulah luahan hati rentetan pengalaman hidup Dato’ Seri yang dikongsi bersama dengan para jemputan semasa menyampaikan ceramah pada majlis Wacana “Masyarakat Melayu Dan Cabaran Islam Masa Kini” anjuran bersama Agensi Pembangunan Masyrakat Terengganu (APMT) dan Pejabat Daerah Kemaman.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah Tn Hj Roshali Taha, Pengarah APMT dan Tn Hj Mohd Kamil Bin Othman, Pegawai Daerah Kemaman.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh