Monday, December 6, 2010

KESIHATAN - KEPERLUAN MANUSIA

Menjaga Kesihatan Adalah Satu Ibadah – Mohamed Awang Tera

LAWATAN... Mohamed melawat gerai pameran


MANDI...Mohamed menyembur air bomba untuk memandikan anak-anak yang akan dikhatankan

CHUKAI, 07 Disember - Kesihatan adalah keperluan bagi setiap manusia, bahkan setiap ajaran moral dan tuntutan agama di dunia tidak mengenepikan anjuran supaya menjaga kesihatan.

YB Dato’ Haji Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, berkata, “Bagi Islam, anjuran menjaga kesihatan bermula daripada seawal pagi kehidupan seorang mukmin dgn arahan Wudhuk, Bersugi, Mandi dan sebagainya. Begitu juga arahan berkhatan (yg kita lakukan pada pagi ini), menjaga makanan yang halal dan baik, menjauhi makanan dan minuman yang memudaratkan seperti arak. Semua ini tidak lain sebagai bukti paling jelas betapa Islam mementingkan kesihatan ummatnya”.

“Banyak sekali arahan dan suruhan samaa di dalam Al Quran atapun Hadis berkenaan 'menjaga kesihatan' ini. Rasulullah ketika menyebut antara sifat mukmin yang lebih dikasihi Allah menegaskan "Mukmin yang kuat (sihat) itu lebih disukai Allah berbanding mukmin yg lemah.."

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu berkata ketika menyampaikan ucapan perasmian di Karnival Kesihatan Kemaman (3K) di Masjid Besar Geliga hari ini.

Katanya, “Individu yg sihat akan membawa kepada sebuah masyarakat yang sihat. Masyarakat yang mempunyai kesedaran "Menjaga Kesihatan" sudah tentulah dikira memiliki unsur pertama yang diperlukan bagi membina sebuah negara yang kuat, berdaya saing dan maju”

“Anjuran prgram ini sangat baik - disamping ia menjadi satu kempen ke arah budaya menjaga kesihatan, kita juga turut dapat menghubungkan silaturrahim dan kerjsama erat diantara banyak pihak”, katanya…

“Saya difahamkan disamping badan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Aman Palestin sebagai penganjur utama. Karnival ini juga turut menggabungkan Pejabat2 kerajaan malah juga syarikat2 swasta sekitar daerah Kemaman”.

Tambahnya lagi, “Dengan adanya juga pameran2 yang dibuat yang melibatkan beberapa jabatan kerajaan dan agensi swasta - turut menjadikan karnival ini sangat berguna sebagai medium sebaran ilmu dan maklumat disamping merapatkan juga hubungan pihak2 terlibat dengan masyarakat sekeliling terutamanya di Kemaman ini..”

Beliau turut menyampaikan tahniah serta terima kasih kepada penganjuran karnival ini kepada penganjur utama iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aman Palestin dan Pertubuhan i-Medik dan juga terutamanya pihak Pejabat Agama Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, BOMBA Kemaman, Pejabat Kesihatan Kemaman juga pihak AJK Masjid Geliga serta seluruh jawatankuasa kerja atas usaha yang murni lagi mulia ini, “semoga program ini akan mampu juga dijalankan lagi pada masa-masa yang akan datang, InsyaAllah”.

Diakhir program, Mohamed berkesempatan melawat semua gerai dan mengacau bubur Asyura.

Turut hadir ialah YDP MPK merangkap Pengerusi Masjid Geliga, YDP ISMA Terengganu dan Pegawai Agama Daerah Kemaman.


KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment