Tuesday, November 23, 2010

MELAYU - ISLAM DAN KUASA

SATU JAM... Tun Mahathir menyampaikan ceramah.

MASIH BERBISA... Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Bekas Pemimpin No-1 Negara

CHUKAI, 23 November - Sambil merujuk kepada nasib penduduk rantau Timur Tengah, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi amaran kepada masyarakat Melayu negara ini bahawa mereka berhadapan dengan risiko hilang kuasa politik jika terus kekal tidak bersatu.

Mantan Perdana Menteri itu berkata orang Melayu memerintah selama ini kerana mereka adalah majoriti penduduk negara ini.

Malangnya pergaduhan dan pertelingkahan dalaman menyebabkan mereka kehilangan kuasa politik kepada bukan Islam.

“Jika kita berpecah-belah, kita hilang kuasa majoriti kita,” kata beliau dengan merujuk kepada perpecahan kuasa Melayu kepada tiga parti — Umno, PAS dan PKR.

“Saya bukan rasis yang mahu menyemai sentimen kebencian Muslim terhadap bukan Islam tetapi perlu ada perasaan hormat”, “Dan, sebarang rasa hendak hormat hanya datang jika kita kuat dan berkuasa,” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana yang bertajuk Cabaran Umat Islam Masa Kini di Dewan Berlian MPK Kemaman.

“Sebelum ini kita hanya bercakap mengenai masalah umat Islam di Timur Tengah, tetapi kini umat Islam di Malaysia juga berhadapan dengan masalah besar,” katanya.

Seolah-olah merujuk kepada kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat, Dr Mahathir berkata sudah ada contoh seorang Menteri Besar beragama Islam menerima arahan daripada Dewan Undangan Negeri dikuasai masyarakat minoriti.

“Dia dipaksa tunduk kepada kehendak mereka, seolah-olah dia bukan lagi mengambil berat tentang agama dan kaumnya,” katanya.

Beliau berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

“Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan.

Katanya walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

“Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.

“Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam al-Quran dan hadis.

Justeru katanya kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.

“Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal.

“Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara.

“Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentang persaudaraan ini,” katanya.

Turut hadir di majlis ini ialah Dato’ Seri Hj Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Dianggarkan lebih 5000 orang yang hadir.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, November 22, 2010

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

SEIRING... Ahmad seiring berjalan bersama dengan anak-anak yang akan berkhatan.

CHUKAI, 20 Nov – YAB Dato’ Seri Hj Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu, telah meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak dari seluruh Daerah Kemaman untuk merasmikan Majlis Berkhatan beramai-ramai.

Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kemaman dan telah mendapat sambutan seramai 80 orang peserta berkhatan.

Turut sama hadir ialah YB Dato’ Hj Mohamed Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu, YB Ir Rosli Othman, ADUN Kemasik dan Pegawai Daerah Kemaman.





KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, October 5, 2010

MASJID BARU KUALA KEMAMAN DIBUKA

Oleh : Asri Abdullah

INDAH PERMAI... Masjid Kuala Kemaman yang dilihat dari pantai Kuala Kemaman

Chukai, September – Sebuah lagi Masjid baru di DUN Chukai telah siap dibina dan telahpun digunakan untuk solat berjemaah dan solat Jumaat.

Hal ini sudah pasti menggembirakan warga Kampung Kuala Kemaman yang kebanyakannya berkerja sebagai nelayan kerana sudah sekian lama mereka menggunakan masjid lama.

Masjid Kuala Kemaman yang bernilai hampir RM 3.7 juta ini merupakan masjid yang ketiga disiapkan selepas masjid Pengkalan Pandang dan Masjid Paya Berenjut.

Lebih menarik lagi, masjid ini terletak berhampiran dengan pantai Kuala Kemaman yang merupakan kawasan tarikan pelancong dalam dan luar Negara.

YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, berkesempatan solat berjemaah dengan warga kampung dan mengambil kesempatan melawat disekitar masjid tersebut.

KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Sunday, October 3, 2010

Ukiran Sarung Keris Tradisional



KIJAL - Seni ukiran tangan telah lama bertapak di bumi Terengganu, Dengan penemuan ukiran pada Batu Bersurat di Kg Buluh, Kuala Berang membuktikan seni ukiran tangan menjadi satu aset yang penting dalam memahat sejarah ketamadunan bangsa terutama bangsa melayu Terengganu.

Kemahiran seni ukiran tangan memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setiap ukiran membawa makna dan maksud yang berbeza. Hal sedemikian menyebabkan golongan muda masa kini tidak berminat dalam seni ukiran tangan.

Zakaria Bin Abdullah 61, Timbalan Pengerusi JKKK Kg Tengah Kijal berusaha mengembalikan kegemilangan seni ukiran tangan agar tidak luput ditelan zaman. Walaupun hanya dijadikan kerja sambilan namun ukiran tersebut mampu memberi pendapatan yang lumayan.

Sebuah ukiran berharga Rm 800 hingga mencecah Rm 4000 bergantung jenis dan saiz ukiran yang ditempah oleh pelanggan. Selain ukiran pada golok dan pedang, ukiran untuk hiasan dan hadiah cenderamata turut medapat tempahan.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah datang sendiri ke kediaman beliau di Kg Tengah Kijal.



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Wednesday, September 29, 2010

Surau Kg Jaya Dapat PA Sistem

Oleh : Asri Abdullah
SIMBOLIK... Mohamed menyampaikan P.O barangan P.A Sistem kepada En Othman (Pengerusi Surau Kg Jaya) sambil disaksikan oleh Ust Andri Bin Abu Bakar, Pegawai MAIDAM Kemaman.

SUMBANGAN... En Othman (Peng JKKK Kg Jaya) menerima bantuan komputer riba daripada YB Dato' Mohamed.

Chukai, 28 Sept – YB Dato’ Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, telah menyempurnakan bantuan peralatan PA Sistem kepada Surau Kampung Jaya di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chukai.

Pada majlis tersebut turut disampaikan bantuan computer riba kepada JKKK Kg Jaya. Bantuan computer tersebut telah disumbangkan oleh YB Dato’ Mohamed bagi memudahkan kerja-kerja JKKK berkenaan.




KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, September 27, 2010

RIBUAN HADIR BERHARI RAYA


MESRA... Mohammed ambil kesempatan berbual dengan tetamu yang hadir GEMBIRA... Kanak-kanak menunggu giliran untuk mendapatkan duit raya

Chukai, 25 Sept – Ribuan Rakyat hadir pada setiap kali YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, mengadakan majlis rumah terbuka dikediamannya.

Orang ramai mula membanjiri kediaman ADUN Chukai bermula jam 01.00 petang walaupun mengikut aturcara majlis yang sepatutnya bermula jam 2.00 petang.

Dalam suasana menyambut Aidilfitri ini, sudah pasti kanak-kanaklah yang paling gembira meraikannya. Justeru itu, pada majlis ini kanak-kanak yang hadir disajikan air krim disamping duit raya.

Majlis ini telah dihiburkan dengan silingan lagu-lagu raya, persembahan daripada kumpulan burdah/ nasyid dari badan cakna Masjid Geliga dan pertandingan karaoke lagu raya oleh pengerusi-pengerusi JKKK DUN Chukai.






KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, September 21, 2010

Meh Kite Pakat Gi...



Rumah Terbuka ADUN Chukai 2010, 25 september 2010, 02.00 ptg hingga 05.00 ptg



KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Monday, September 20, 2010

AMBANG MERDEKA DISAMBUT MERIAH



KEMASIK,30 Ogos – Seramai 5000orang rakyat Kemaman telah membanjiri Pantai Kemasik-Rest,Relax and Recreation sempena Sambutan Ambang Merdeka 2010 bagi menyerlahkan semangat patriotisme disambut meriah khususnya golongan muda.Majlis ini dimulakan dengan deklamasi sajak dan marhaban disusuli tanyangan slide kemerdekaan selama lima belas minit. Program yang dirasmikan oleh YB Ir. Rosli bin Othman,ADUN Kemasik yang turut disaksikan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha,Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu dan Tuan Haji Kamil bin Othman, Pegawai Daerah Kemaman.


Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk meraikan dan mengibarkan jalur gemilang dengan penuh semangat semasa menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 walaupun hari kemerdekaan disambut dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan.

Semangat....YB Ir. Rosli melaungkan merdeka sebanyak 7kali diselangi dengan letupan bunga api dan diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku,Jalur Gemilang dan Tanggal 31.




1 Malaysia....Itulah yang dapat dilihat dalam suasana majlis yang penuh kemeriahan ini.


Bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Sulaiman bin Ibrahim bagi menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t dan persembahan silat mengakhiri Program Sambutan Ambang Merdeka 2010 yang telah dijayakan dengan kerjasam Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasik . Orang ramai telah dihidangkan dengan jamuan sahur rakyat.


KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Sunday, September 19, 2010

Kunjungan 2 dalam 1

Oleh : Che Wan Asri Che Wan Abdullah

KUNJUNGAN MESRA... Mohamed teliti mendengar penjelasan yang disampaikan oleh ahli keluarga Pak Tahir.

CHUKAI, 18 September – Sambil berkunjung berhari raya dikala suasana aidilfitri masih segar terasa, YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, berserta isteri dan rombongannya mengambil kesempatan berkunjung melawat seorang warga emas yang ditimpa kemalangan baru-baru ini.

Beliau yang lebih gemar dikenali dengan gelaran Pak Tahir patah kaki kanan, cedera di bahagian kepala dan beberapa kecederaan lain.

Menurut Pak Tahir, beliau amat terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa YB ADUN Chukai akan berhari raya di rumahnya sambil melawatnya.

Dato’ Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu telah menyampaikan bantuan kerusi roda serta sumbangan wang raya kepada Pak Tahir.






KEMAMAN HARI INI

berita penuh

Tuesday, September 14, 2010

MOHAMED SEGERA TURUN PADANG

MELIHAT KEADAAN RUMAH... Mohamed melihat keadaan rumah terbakar setelah kerja-kerja memadam kebakaran selesai dijalankan oleh Bomba.
BERBINCANG... Mohamed sedang berbincang dengan pimpinan MCA Kemaman dan pihak Bomba berkaitan dengan kebakaran
KENANGAN... Pihak Bomba dan Pimpinan MCA Kemaman mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama YB kesayangan mereka.
TURUT SAMA... Pihak polis turut sama bergegas ke tempat kejadian






KEMAMAN HARI INI

berita penuh