Sunday, June 13, 2010

AHLI PEMANGKIN PEMBANGUNAN KOPERASI

ILMU... Dato' Mohamed berkongsi ilmu koperasi kepada ahli-ahli Persatuan Ibu tunggal yang hadir.

14 JUN CHUKAI
– Ahli-ahli koperasi perlu setia dan menyokong penuh koperasi yang mereka sertai bagi memastikan ia mampu mencatatkan keuntungan serta memberi pulangan lebih lumayan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera berkata, adalah mustahil untuk sesebuah koperasi berjaya dan mampu berdaya saing tanpa sokongan dan kesetiaan ahli-ahlinya.

“Ahli-ahli koperasi perlu berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan pendapatan dan keuntungan kepada koperasi dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

“Ahli-ahli koperasi juga perlu peka dan melihat akan hala tuju koperasi yang mereka sertai “, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Kasih Dan Perasmian Persatuan Ibu Tunggal Kemaman di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga Kemaman.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga dan MAIDAM Kemaman.

Menurut Mohamed, Kerajaan negeri Terengganu di bawah kepimpinan YAB Dato’ Hj Ahmad Said sentiasa merancang dan menyusun pelbagai program untuk membantu koperasi-koperasi di negeri Terengganu.

Bermula pada 1 Julai 2010 ini, satu bahagian baru di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu akan mewujudkan Bahagian Pembangunan Koperasi, yang akan melaksanakan tugasan didalam ”Mengkoperasikan Rakyat” dibawah Flagship Sektor Koperasi yang juga menjadi KPI kepada Portfolio Pembangunan Luar Bandar, Usahawan & Koperasi yang dikenali sebagai (1 Kampung 1 Koperasi).

Usaha ini dijangka akan dapat merangsang & merancakkan lagi arena keusahawan negeri, disamping menuju kearah sebagai penjana ekonomi rakyat dan negeri Terengganu.



KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment