Sunday, June 13, 2010

AMANAT PUTERI UNTUK SKUAD CSI


Gimik…Penyerahan borang pendaftaran ahli baru UMNO kepada Setiausaha Puteri UMNO Malaysia disaksikan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said.


CHUKAI 4 Jun - Lebih 1000 orang ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman berhimpun di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman untuk bertemu dengan YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman.


“Dalam Program Himpunan Seribu Mawar ini merupakan program empat dalam satu kerana turut diselitkan Pelancaran Skuad CSI (Cari Seramai Ahli), Pelancaran Persatuan Permotoran Puteri Kemaman dan juga sambutan ulangtahun Puteri UMNO Kemaman kali ke sembilan tahun ini” kata Puan Azita bt Ab. Rahman, Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.


Pink…lebih 1000 orang ahli Puteri UMNO Bahagian Kemaman yang hadir.

Misi Skuad CSI adalah mencari seramai mungkin ahli UMNO baru di dalam bahagian Kemaman. Pada hari ini, Skuad CSI telah menyerahkan sebanyak 354 keping borang pendaftaran ahli baru UMNO semasa gimik pelancaran diadakan. Selain itu, kaunter daftar pemilih turut diadakan di ruang pameran bagi mendaftarkan ahli UMNO yang sudah cukup umur 21 tahun.
Puan Asfalinda bt Anuar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kemaman berkata, “Persatuan Permotoran Puteri Kemaman setakat hari ini dapat mengumpulkan ahli seramai 150 orang di mana persatuan ini akan mengadakan program konvoi ke mana sahaja mengikut kemampuan kami”.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menaja program ini dan pihak yang turut terlibat secara langsung dan juga tidak langsung kerana telah menjayakan dan memeriahkan program ini.













KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment