Tuesday, July 20, 2010

MENTERI BESAR MELAWAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

KEMAMAN HARI INI


MENTERI BESAR MELAWAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

AIR PUTIH, 10 Julai - Hasrat masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Pergam untuk bertemu Menteri Besar Terengganu tercapai apabila YAB Dato’ Haji Ahmad Bin Said berkunjung ke kampung tersebut semalam.


TUAH... YAB Dato Hj Ahmad b. Said (memakai anyaman di kepala) menyampaikan
hadiah cabutan bertuah Kepada salah seorang pemenang

YAB Dato Hj Ahmad bin Said berkata setelah dua tahun setengah menjadi Menteri Besar inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke perkampungan Orang Asli Sungai Pergam yang merupakan aset penting dalam Barisan Nasional.

Dalam ucapannya beliau turut mengumumkan akan menambahkan tanah rezab untuk mereka seluas 400 ekar untuk generasi akan datang dan 40 buah rumah baru yang akan dibina bagi golongan yang baru berkahwin.


Kerajaan negeri akan membangunkan Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam seperti kampung-kampung lain dan tidak dipinggirkan dalam arus pemodenan.

Harapan Menteri Besar Terengganu agar msyarakat Orang Asli Sungai Pergam dapat berjimat-cermat dalam berbelanja dan hidup dengan harmoni disamping mengamalkan ajaran agama islam dalam kehidupan harian.


Turut hadir dalam program tersebut ADUN Air Putih YB Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Setiausaha Politik Menteri Besar Tuan Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid, Pegawai Daerah Kemaman Tuan Haji Mohd Kamil bin Othman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Encik Abdul Razak bin Arshad, Ketua-ketua Jabatan dan ahli-ahli parti.

No comments:

Post a Comment