Tuesday, July 20, 2010

PASIR GAJAH JKKK CEMERLANG


KEMAMAN HARI INI

PASIR GAJAH JKKK CEMERLANG


CHUKAI, 12 Julai – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Gajah diumumkan JKKK Cemerlang Bagi Tahun 2009 bagi DUN Air Putih dan membawa pulang wang tunai RM10,000.00 dan sijil penyertaan.
Majlis Anugerah Kecemerlangan JKKK Daerah Kemaman Bagi Tahun 2009 telah diadakan di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) sempena Lawatan Kerja Menteri Besar ke Daerah Kemaman.
TERIMA… JKKK Kg Pasir Gajah menerima hadiah daripada YAB Menteri
Besar (berbaju putih)

YAB Menteri Besar mengingatkan JKKK supaya tidak hanya memikir projek tetapi sentiasa bermesyuarat setiap bulan dan bermuafakat untuk memajukan dan menjaga keselamatan kampung.

JKKK mewakili parti dan kerajaan, oleh itu apa jua yang dilakukan oleh JKKK akan memberikan kesan kepada parti dan kerajaan.

Pengerusi dan ahli jawatankuasa JKKK haruslah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dan sekiranya tidak berkemampuan haruslah memberikan peluang dan ruang kepada orang lain. Disamping memperkasakan JKKK,ahli jawatankuasa mestilah proaktif dalam mendaftar ahli UMNO dan daftar pemilih.

Bagi kategori lima JKKK terbaik setiap DUN di menangi oleh JKKK Kg Pasir Gajah, JKK Kg Baru Felda Neram 1, JKKK Felda Seberang Tayur, JKKK Felda Cerul 2 dan JKKK Kg Cina Jabor.

Pengerusi JKKK Kg Pasir Gajah dan JKKK Kg Seratus Felda Neram 1 turut memenangi Hadiah Khas Juri Bagi Kutipan Cukai Tanah peringkat Parlimen Kemaman

1 comment:

  1. wahai jkkk pasir gajah!!pasir gajah ada warisan yg sgt tidak ternilai.iaitu..masjid jambi,rumah jambi.kenapa tidak di heboh2 kn di laman ini.adakah bg anda smua warisan ini tidak bernilai?ada segelintir yg mengatakan smua ini hendak di roboh kan??kenapa?sedangkan itu smua adalah warisan JAMBI PASIR GAJAH!!WARISAN....

    ReplyDelete