Monday, March 22, 2010

Imam dan Bilal – “Laksanakan Amanah Dengan Baik”

KUSYUK...para imam dan bilal mendengar ucapan ADUN Chukai

BERSEMANGAT...Mohamed berkongsi ilmu dan pengalaman.

CHUKAI 22 Mac – Imam dan Bilal Masjid disaran melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin mengikut aturan yang ditetapkan agar ahli jemaah boleh menunaikan amal ibadah tanpa sebarang permasalahan.

Saranan ini telah diperkatakan oleh YB Dato’ Hj Mohamed Bin Hj Awang Tera, ADUN Chukai, semasa merasmikan Majlis Penyampaian Imbuhan Imam dan Bilal Masjid bagi daerah Kemaman kali pertama sesi 2010.

Tambahnya lagi, kefungsian imam dan bilal bukan hanya terbatas dalam memimpin menunaikan solat 5 waktu tetapi juga sebagai “role model” kepada masyarakat setempat serta merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid sepertimana yang dilaksaknakan ketika zaman Rasulullah saw.

Disamping itu, beliau juga berpesan agar imam dan bilal dapat menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu semasa dengan tepat kerana masyarakat setempat sentiasa mempercayai dan menghormati apa jua kata-kata yang diterjemahkan oleh tuan imam.

Turut hadir ialah Ustaz Zulkifli, Tuan Pegawai Agama Daerah Kemaman yang baru bertugas bermula 1 mac baru-baru ini.



KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment