Thursday, March 25, 2010

Lawatan Imam Bilal Ke Kuala Lumpur

DIALOG...antara peserta dengan Tuan Pengarah APMT

KUALA LUMPUR 24 Mac – Lawatan Muhibah Imam-Bilal dan Whistle Blower telah dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) ke Kuala Lumpur dan Putrajaya tahun 2010 bagi siri-1.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpul peserta daripada 4 Dun iaitu Dun Chukai, Kijal , Paka dan Ladang seramai 114 orang yang menginap di Hotel Citrus.

Program ini bertujuan membuka minda dan kecintaan kepada Negara melalui sesi ceramah dan lawatan bermaklumat di beberapa projek mega yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Menjadi kenangan manis buat peserta apabila mereka dibawa menaiki Monorail Kuala Lumpur ,lawatan ke Muzium Kesenian Islam,Putrajaya dan juga ke Kampung Melayu FRIM, Kepong.

Rata-rata berpuas hati dengan rangka program yang dianjurkan oleh pihak APMT kerana pengisian yang diberikan amat berguna dan berfaedah kepada mereka.

Turut hadir merasmikan program ini ialah Tuan Haji Roshali Bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).


KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment