Saturday, March 13, 2010

Lagi Cerita SMS MB Terengganu

“Saya Tidak Akan Melayan Semua Itu” - Hishammuddin

Hadir...Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.


CHUKAI 13 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta agar pihak media tidak diperalatkan untuk menimbulkan persengketaan kerana media sepatutnya lebih arif tentang kebenaran sesuatu berita apatah lagi media sering berdamping dan paling dekat dengan Menteri Besar.

Beliau mengulas mengenai pelbagai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar yang tersebar di negeri terengganu.

“Saya tidak akan melayan semua itu“, begitulah kata-kata Naib Presiden UMNO itu yang menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya, beliau hanya menilai prestasi setiap pemimpin berdasarkan penerimaan rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan SMS itu disebarkan oleh individu tertentu yang berkepentingan namun tindakan itu tidak akan menentukan jatuh bangun UMNO di negeri ini.

Kenyataan ini diulas semasa merasmikan perarakan Maulidul Rasul Peringkat Parlimen Kemaman di Chukai. Turut hadir YAB Dato’ Ahmad Said, MB Terengganu dan YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman.


KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment