Saturday, March 13, 2010

NAIB PRESIDEN UMNO KUNJUNGI KEMAMAN


MOHON KEBERKATAN TUHAN….(Hadapan dari kiri) Ir. Rosli bin Othman, Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Haji Wan Salleh, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman (Pegawai Daerah Kemaman), Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang, Dato’ Haji Ahmad bin Said, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Dato’ Haji Shabery bin Cheek, Dato’ Mohamed bin Awang Tera, Tuan Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid (Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu), Tuan Haji A. Rahman bin Yahya (Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kemaman) serta Datin Seri Tengku Marsilla binti Tengku Abdullah.

KEMAMAN, 13 Mac – Hasrat murni YAB. Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu, merangkap Ketua UMNO Bahagian Kemaman tercapai apabila kira-kira 29,000 orang berhimpun di Taman Bandar Chukai bagi meraikan Perarakan Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kemaman anjuran Pejabat Daerah Kemaman dan UMNO Bahagian Kemaman.


Majlis tersebut yang bermula jam 7.00 pagi telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) telah mencatat sejarah buat kali kedua setelah pertama kali diadakan di sini pada tahun 2007 dengan kehadiran 24,000 orang.

Kategori yang dipertandingkan adalah JKKK, UMNO, Perempuan, Badan Kerajaan, Swasta dan NGO, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Tadika/Prasekolah dengan jarak perarakan 6.4km bagi dewasa dan 4.2km bagi kanak-kanak.

Setiap kategori menerima sijil penyertaan dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (johan), RM3,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga). Turut di pertandingkan kategori sepanduk terbaik dan selawat terbaik.

Cabutan bertuah mengakhiri majlis pada jam 2.00 petang dan selepas itu, Menteri Besar beserta rombongan telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Puan Hajjah Rohani binti Abdullah di Kampung Bakau Tinggi, Chukai.



KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment