Monday, March 8, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERDANA

9 Mac 2010


KEMAMAN – Seawal jam 7.00 pagi, anggaran 30,000 orang akan membanjiri Bandar Chukai pada 13 Mac 2010 bersamaan 27 Rabiul Awal 1431H bertempat di Taman Bandar Chukai untuk menyertai Perarakan Maulidur Rasul Perdana yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kemaman dan UMNO Bahagian Kemaman.

Perarakan ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang akan diiringi oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu juga selaku Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Menurut Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman,
Encik Rosli Ahmad, sebanyak 368 pasukan yang sudah berdaftar untuk menyertai perarakan tersebut sekarang , tidak termasuk orang ramai yang akan turut serta dalam perarakan pada hari berkenaan. Dan, pihak kami masih lagi membuka penyertaan kepada mana-mana pihak yang ingin turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah JKKK, UMNO, Perempuan, Badan Kerajaan, Swasta dan NGO, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Tadika/Prasekolah. Jarak perarakan 6.4km bagi dewasa dan 4.2km bagi kanak-kanak.

KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment