Wednesday, March 17, 2010

Gotong Royong Baiki Surau


KERJASAMA… Pelajar-pelajar TATiUC turut membantu penduduk Kampung menambah ruang solat surau.

KIJAL 17 Mac – Surau Kg Tengah akan digunakan sebagai masjid sementara bagi penduduk di sini sehingga Masjid Jamek sediada siap dibaikpulih.

Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Tengah, jawatankuasa masjid, Pejabat Daerah Kemaman dan pelajar-pelajar Kolej Universiti TATI (TATiUC) bergotong royong membersih kawasan dan membesarkan ruang solat yang sediaada bagi memberi keselesaan kepada jemaah terutamanya solat Jumaat.

“ Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong ini terutama pihak Pejabat Daerah Kemaman serta pelajar-pelajar TATiUC kerana dengan bantuan serta penglibatan mereka membolehkan kerja menambah ruang solat ini dapat disempurnakan dalam masa yang singkat” kata En. Ahmad Tarmizi bin Johar @ Ismail, 42 , yang merupakan pengerusi JKKK Kg Tengah.

Rombongan pelajar TATiUC seramai 100 orang di ketuai oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni En Wan Zulkarnain Bin Othman dan beberapa kakitangan turut berbesar hati untuk bersama masyarakat setempat dalam usaha merakyatkan TATiUC.

KEMAMAN HARI INI

No comments:

Post a Comment